Potensi Kenaikan Sehingga 130 Pips Pada GBP/USD Ekoran Dagangan Lemah USD

1,156

Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD menunjukkan corak yang menurun pada dagangan Khamis semalam berikutan ketidaktentuan pada isu Brexit yang terus berlarutan.

USD yang didagangkan mengukuh semalam ekoran data ekonomi di Amerika Syarikat mencatatkan bacaan yang positif telah berjaya menekan harga pada GBP/USD ke paras lebih rendah dari paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Namun, momentum pengukuhan USD terbantut pada sesi Eropah hari ini setelah sentimen pasaran tidak menyokong dagangan semasa buat dolar Amerika itu. Saham Nikkei Jepun melonjak dengan jangkaan optimis terhadap rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat yang bersambung pada minggu depan.

Dagangan GBP/USD pada hari ini berlegar di sekitar paras Magic Pivot 1.3069 hari ini yang merupakan paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras support 1.3009 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line untuk harga menguji zon support yang masih gagal ditembusi sebelum ini. Penurunan tersebut boleh mencecah sekitar 70 pips pergerakan harga.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan ke paras lebih tinggi semula, paras resistance pada 1.31200 sekitar resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line akan diuji harga sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan lebih tinggi berpotensi menuju ke paras resistance sebelum ini pada paras ketinggian di 1.32000 dengan mencatatkan sekitar 130 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang turut digariskan pada indicator Moshed Magic Line hari ini bagi membantu anda menentukan paras terbaik harga yang juga berpotensi.

Paras support: 1.3029, 1.3009, 1.2696.

Paras resistance: 1.3089, 1.3128, 1.3148.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat