Pound GBP Terus Melonjak – Apa Yang Sedang Berlaku Pada Ekonomi UK?

1,194

Data-data terkini menunjukkan bahawa ekonomi Britain telah mula stabil selepas ‘lockdown’ Covid-19 yang dikenakan pada bulan lalu. Lockdown yang dikenakan bagi mengekang penularan pandemik varian baru itu telah memberi impak terhadap sektor perniagaan dan pengguna. Walaubagaimanapun, kempen vaksinasi telah mampu meningkatkan keyakinan pemain ekonomi dan mendorong kepada pemulihan.

Indeks tempahan pengurus (PMI) yang dikeluarkan oleh IHS Markit menunjukkan bacaan memberangsangkan. Sektor pembuatan dan perkhidmatan UK masing-masing mencatatkan pertumbuhan melebihi jangkaan pasaran.

Walaupun masih lagi mencatatkan penguncupan, iaitu di bawah bacaan 50, aktiviti perniagaan UK dilihat meningkat lebih tinggi dari bacaan terdahulu dan unjuran pasaran.Tinjauan berasingan pula mendapati bahawa sektor pengguna yang terdiri daripada isi rumah menunjukkan keyakinan pengguna paling tinggi sejak pandemik tersebut melanda.

Secara keseluruhan, ekonomi UK mula bangkit namun Bank Pusat England (BoE) menyatakan bahawa ekonomi UK mengalami kemelesetan terbesar iaitu menyusut 10% dan akan menyusut sebanyak 4% dalam tiga bulan pertama 2021.

Bank pusat menjangkakan pemulihan lebih kukuh yang didorong oleh program vaksinasi COVID-19 walaupun terdapat kemungkinan bahawa BoE akan mengurangkan kadar faedah di bawah sifar jika pengangguran tetap tinggi.

Perdana Menteri Boris Johnson dijadualkan akan mengumumkan langkah-langkah lanjutan berkenaan Covid-19 pada hari Isnin. Matawang pound bagaimanapun memberi reaksi yang berbeza dengan melonjak lebih tinggi sehingga mencecah paras harga 1.4019 berbanding US dolar setakat jam 10.45 p.m.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat