Program Vaksinasi Beri Sinar Baharu

253

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd mengulangi saranan ‘tambah’ ke atas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan harga sasaran tidak berubah RM5.97 sesaham selepas firma itu menjangkakan harga saham MAHB akan pulih berikutan unjuran 2021 mengenai trafik penumpang yang bertambah baik serta pelancaran vaksin yang semakin menunjukkan kemajuan.

“Unjuran tahun kewangan 2021 kami mengandaikan trafik penumpang Malaysia akan pulih kepada 47% pada asas 2019 daripada 24% pada 2020, dan trafik penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul akan pulih kepada 83% daripada 48% pada tahun 2020, dan ini bersandarkan kepada pelancaran vaksin Covid-19.

“Kira-kira 10% daripada penduduk Turki telah pun divaksinkan sejak 13 Januari, sementara Malaysia menyasar untuk memberi vaksin kepada 80% penduduknya menjelang suku pertama 2022, walaupun beberapa pemerhati berpendapat ini terlalu optimis,” ujar firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikan semalam.

Menurut CGS-CIMB seperti dipetik oleh Bernama sebagai berkata, pemeteraian perjanjian operasi baharu di Malaysia susulan hasil positif di Turki mengenai pembayaran hutang dan yuran konsesi, akan menjadi petunjuk tambahan untuk unjuran itu.

Keputusan suku keempat 2020 MAHB dijangka diumumkan pada 26 Februari.

Ekoran pandemik Covid-19. sempadan negara terpaksa ditutup dan pesawat tidak dapat bergerak menyebabkan industri penerbangan terjejas dengan teruk dan pemulihan penuh dijangka hanya berlaku pada 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat