Projek Mata Wang Kripto Facebook ‘Diem’ Sudah Karam!

659

Projek mata wang kripto, Diem Association yang diperkenalkan oleh Meta (dulu: Facebook) dalam rancangan mahu menjual aset-asetnya untuk mengembalikan modal kepada para pelaburnya.

Pada masa yang sama, organisasi ini dalam perbincangan dengan institusi pelaburan untuk mengetahui cara terbaik menjual harta intelektual dan membantu pembangun mereka mencari tempat kerja baharu.

Menyelusuri sejarah ini – Diem pada awalnya dilancarkan dengan nama Libra pada 2019 sebagai aset stablecoin yang bersandarkan pada dolar AS.

Walaupun Meta telah jalinkan kerjasama dengan lambakan syarikat, belum cukup kukuh untuk projek Libra menerima pengesahan daripada penyelia undang-undang.

CEO Meta, Mark Zuckerberg sendiri mempertahankan projek ini ketika pendengaran kongres suatu ketika dahulu. Namun, penyelia sukar untuk menerima kehadiran Libra.

Susulan daripada itu, mereka beralih dengan nama Diem.

Tetapi, timbul pula isu baharu di mana penyelia bank enggan Silvergate Bank bersetuju menjadi pengeluar eksklusif Diem selepas dirisik Diem Association pada Mei 2021.

Entiti gergasi dunia seperti Visa, Mastercard, dan PayPal juga sudah cuci tangan daripada projek Diem, termasuk ahli lembaga projek, David Marcus yang meninggalkan Diem Association selepas pelancaran pengujian wallet Novi.

Adakah ini bermakna pengakhiran projek Diem?

Tidak pasti mengapa mereka mengambil keputusan ini tetapi barangkali pihak terlibat juga sudah lelah dengan tekanan yang diterima oleh penyelia undang-undang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat