Ramai Percaya Dengan Biden

406

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada saham global yang telah mencapai kemuncak baharu selepas Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.13 mata kepada 1,598.93 daripada 1,594.8 ketika ditutup semalam.

Bernama melaporkan, indeks utama dibuka tinggi sebanyak 1.26 mata kepada 1,596.06.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 194 berbalas 189 manakala 270 kaunter tidak berubah, 469 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Menurut Public Investment Bank, FBM KLCI mungkin mengakhiri minggu ini dalam nada yang lebih positif selepas pelantikan Biden selepas para pelabur menyambut baik janji presiden AS ke-46 ini untuk perbelanjaan rangsangan berjumlah AS$1.9 trilion.

Indeks S&P 500 naik 0.03%, Nasdaq meningkat 0.55% dan Dow Jones turun 0.04%.

“Selepas pelantikannya, Presiden Biden dengan segera membatalkan beberapa tindakan presiden sebelum ini Donald Trump, menandatangani perintah untuk bergabung kembali dengan perjanjian iklim Paris, menghentikan penarikan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menghapuskan larangan kemasukan ke negara ini mengikut warga dari beberapa negara dengan majoriti Islam,” kata bank pelaburan itu dalam satu makluman nota hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.09, Public Bank menambah 12 sen kepada RM21.68, Tenaga meningkat tiga sen kepada RM9.91, Top Glove mengukuh lapan sen kepada RM6.10 dan PChem tidak berubah pada RM7.35 .

Kaunter paling cergas pula, KTG naik setengah sen kepada 25 sen, sementara Dagang Nexchange dan XOX tidak berubah, masing-masing pada 25.5 sen dan 9.5 sen.

Sementara itu, DGB Asia lega setengah sen kepada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.53 mata kepada 11,558.9, Indeks FBMT 100 meningkat 23.9 mata kepada 11,293.21 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 35.75 mata pada 13,021.43.

FBM 70 lebih tinggi 10.65 mata kepada 14,833.17 dan FBM ACE meningkat 14.85 mata kepada 10,739.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.28 mata kepada 14,907.07, Indeks Perladangan meningkat 6.57 mata kepada 7,237.49, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0,01 mata kepada 177,88.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat