RBA Naikkan Kadar Faedah 0.25%, AUD/USD Pamer Lonjakan Harga

106

Keputusan mesyuarat bank pusat Australia pada sesi Asia pagi tadi telah memacu pergerakan harga bagi mata wang dolar Aussie sebentar tadi.

Reserve Bank of Australia (RBA) menepati ramalan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 3.35% dengan kenyataan susulan bank pusat dinilai hawkish oleh pasaran.

RBA bakal melanjutkan langkah meningkatkan kadar faedah dengan pendirian tegas untuk menurunkan kadar inflasi ke sasaran 2%.

Dolar Australia mula paparkan peningkatan nilai berbanding US dolar pagi ini untuk didagangkan sedikit pulih dari tekanan kejatuhan harga sebelum ini.

Jika diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah memaparkan corak terjunan ketika US dolar berjaya mengukuh pada penutup minggu lalu berikutan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang jauh lebih mengukuh berbanding ramalan.

Ditambah pula dengan ketegangan yang tercetus antara AS dan China sejak minggu lalu ekoran isu belon pengintip, pasaran yang berisiko memberi kelebihan kepada US dolar sebagai safe-haven manakala dolar Aussie menerima tekanan.

Selepas penurunan pada awal minggu semalam mencecah paras sekitar 0.68600, kenaikan dipamerkan semula sehingga reaksi terhadap mesyuarat RBA sebentar tadi.

Kenaikan harga walau bagaimanapun mula perlahan di sekitar 0.69500 dan harga turut dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut untuk pelabur menilai petunjuk bagi arah harga selanjutnya.

Jika gagal teruskan kenaikan, harga berkemungkinan akan berpatah arah membuat penurunan semula dan bakal melepasi paras yang dicecah semalam.

Penurunan lanjut dilihat akan menuju ke sekitar 0.68300 dan 0.67600 sebelum mencecah ke zon support 0.67000.

Namun jika kenaikan berjaya lepasi halangan MA50, harga dilihat akan menguji pula zon tumpuan pada 0.70000 sebelum memberi isyarat perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan bakal mencapai semula zon penting pada ketinggian 0.71000 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat