Rekaan Populous (PPT) Curi Perhatian Setelah Hasilkan Lebih 2,200% Lonjakan!

209

Populous sebuah rangkaian yang direka untuk menawarkan kecairan invoice perusahaan kecil dan sederhana (PKS), membolehkan interaksi peer-to-peer (P2P) antara perusahaan, meningkatkan kecairan dan menyelesaikan masalah dengan modal kerja untuk PKS.

Dengan bergantung kepada teknologi blockchain dan kontrak pintar, rangkaian Populous memudahkan komunikasi yang tidak berpusat antara perniagaan dan membolehkan mereka berkongsi kecairan pools.

Dilancarkan pada tahun 2017 oleh dua saudara kembar dari selatan, London Steve dan Sam Williams.

Menariknya, Populous memindahkan proses meminjamkan wang yang disokong oleh invois ke blockchain, menjadikannya lebih berskala, lebih cepat, dan lebih mudah untuk digunakan oleh perusahaan.

Rangkaian ini telah menarik pembiayaan daripada firma-firma besar, seperti Fireblue Capital.

Seterusnya, menarik jika dilihat pada carta PPT/BTC.

Pada pembukaan pasaran 2021, PPT telah berjaya menghasilkan lebih 2,200% lonjakan agresif mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai paras harga $0.00035 pada 7 Mac yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang bergerak secara lemah untuk menuju semula ke zon RBS (resistance become support) sekitar $0.000050 yang menjadi perhatian para pelabur.

Para penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga kekal menyaksikan pergerakan tersebut, zon RBS sekitar $0.000050 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Namun jika pergerakan harga berjaya kembali menyaksikan corak kenaikan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 0.000060 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sewaktu penulisan, PPT/BTC didagangkan pada harga sekitar $0.000052 dengan nilai pasaran lebih $89 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-287 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto PPT/BTC di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat