Rekod Perdagangan Bitcoin (BTC) Di Kebanyakan Platform Catat Penyusutan Negatif Sejak Julai 2021

415

Berdasarkan rekod terbaru, jumlah aliran masuk bagi Bitcoin (BTC) bagi kesemua platform pertukaran kripto mencatatkan paras negatif bersih sejak Julai 2021.

Pun begitu, empat bursa kripto menyaksikan trend berbeza dengan jumlah aliran masuk bersih (net inflows) yang positif.

Sebagai rekod, kesemua platform pertukaran kripto menyaksikan aliran keluar bersih (net outflows) berjumlah 46,000 BTC (sekitar RM7,421,108,720) sejak Julai 2021.

Tetapi untuk Binance, Bittrex, Bitfinex, dan FTX; keempat-empat bursa ini mencatatkan aliran masuk bersih bernilai 207,000 BTC.

Pada masa yang sama, platform lain pula merekodkan aliran keluar bersih sebanyak 253,000 BTC.

Net inflows = gerak-geri pelabur untuk menjual

Net outflows = sentimen hodling, dan pembelian yang tinggi hingga memacukan harga kripto

FTX & Huobi

  • Pemilikan Bitcoin di FTX mencatatkan lonjakan 3x ganda, mencapai nilai 103,200 BTC
  • Rekod di Huobi pula susut sehingga 12,300 BTC dari lebih 400,000 BTC pada Mac 2020

Tidak dinafikan, jumlah aliran keluar bersih bagi aset ini menunjukkan ketidaktentuan emosi pelabur kerana pada Ogos dan 11 Januari, wujudnya tekanan tinggi dalam aktiviti perdagangan BTC.

Situasi ini dapat dikaitkan dengan hala tuju pasaran kripto yang tidak menjaminkan. Glassnode menjelaskan, berlakunya perubahan selera pelabur daripada minat terhadap dagangan spot kepada perdagangan derivatif.

Kenapa rekod aliran masuk penting untuk pengetahuan pelabur kripto?

Pemerhatian terhadap aspek ini membantu untuk fahami reaksi pelabur sama ada mereka mahu cairkan aset atau hodl dalam beberapa situasi.

Tidak cukup dengan itu, tekanan rendah dalam inflows dan outflows boleh menjadi indikator kepada nisbah keuntungan dan kerugian (PnL) pelabur yang mendatar sejak awal 2021.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $38,533.71, meningkat lebih 1% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat