Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat, Saham Top Glove Menokok Tinggi

1,447

Harga saham Top Glove catat peningkatan agresif melebihi 10.3% pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia hari ini sejurus kembali peroleh kebenaran untuk mengeksport sarung tangan ke AS.

Pada 3.19 petang, harga saham Top Glove kekal meningkat 0.59% kepada RM3.42 setelah mencapai paras tertinggi RM 3.75 dengan memiliki permodalan pasaran bernilai RM28.40 bilion.

Walau bagaimanapun, kaunter itu masih mengalami penurunan sebanyak 36.55% dek kerana industri sarung tangan getah alami penurunan harga jualan (ASP), persaingan kapasiti dan permintaan yang semakin berkurang.

Sementara itu, pelabur kekal berjaga-jaga pada situasi tersebut kerana ia berkemungkinan bakal mempengaruhi pendapatan pembuat sarung tangan.

Pada hari ini, Top Glove mengumumkan bahawa ia telah diberi kebenaran untuk kembali mengeksport dan menjual sarung tangan ke AS selepas US Customs and Border Protection (CBP) menarik semula larangan tersebut.

Melihat kepada penilaian mengenai maklumat tambahan, CBP AS menegaskan bahawa produk dari Top Glove tidak lagi melanggar undang-undangnya.

Sejak Julai 2020, AS telah melarang pengeksportan sarung tangan yang dikeluarkan oleh Top Glove susulan ia dikhabarkan mempunyai maklumat yang jelas mengenai penyalahgunaan pekerja di syarikat itu.

Penganalisis penyelidikan ekuiti TA Securities, Tan Kong Jin berkata penarikan larangan itu bakal meningkatkan pendapatan Top Glove setelah suram akibat penghantaran ke AS diberhentikan buat sementara waktu.

Dalam pada itu, ia menyatakan bahawa pasaran Amerika Utara menyumbang hanya 8% daripada penjualan Top Glove yang dicatatkan pada sebelum ini sebanyak 23%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat