Ripple & Bank Pusat Montenegro Bekerjasama Untuk CBDC!

125

“Adakah perkara ini dapat beri impak positif kepada Ripple?”

Perdana Menteri Montenegro Dritan Abazović memeterai perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple, Brad Garlinghouse dan naib presidennya James Wallis dalam melaksanakan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Wallis yang lebih berpengalaman dalam CBDC telah menjadi punca Perdana Menteri tersebut ingin bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan CBDC mahupun stablecoin pertama untuk Montenegro.

Walaupun potensi CBDC pada masa hadapan tidak dapat dijangkakan, Abazović tetap ingin melaksanakannya susulan Montenegro masih tidak mempunyai mata wang negara sendiri.

Hal ini kerana Balkan yang terdiri beberapa bahagian termasuk Montenegro telah menggunakan Euro sebagai mata wang negaranya sejak 2002 tetapi hakikatnya Montenegro bukanlah sebahagian daripada zon Euro mahupun ahli Kesatuan Eropah (EU).

Rentetan itu, kerajaan Montenegro mengorak langkah mendalami pasaran mata wang kripto selama berbulan-bulan, di mana pada bulan April tahun lepas mereka telah mengadakan panel bertajuk Future Now! yang dihadiri oleh pengasas Ethereum (ETH), Vitalik Buterin.

Suka dimaklumkan bahawa projek antara Ripple dan Abazović bukan sahaja dapat liputan meluas oleh saluran berita tempatan malah masyarakat antarabangsa.

Selain membangunkan CBDC, Ripple didapati merupakan pengasas Projek Dolar Digital dan telah menyertai Persatuan Euro Digital pada Februari 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat