Ripple Buat ‘Comeback’- Luaskan Pengaruh Di Asia Tenggara!

5,237

Novatti Group pada hari ini umumkan kerjasama dengan sistem pembayaran Ripple dan rangkaian RippleNet dengan menggunakan XRP sebagai matawang.

Perkara ini turut diumumkan oleh Ripple sendiri pada hari ini dan ia merupakan kesinambungan dari perjanjian yang disepakati pada bulan Disember 2020. Novatti merupakan syarikat pembayaran. Perjanjian antara Ripple dan Novatti pada mulanya akan menangani pertukaran antara Australia dan Filipina melalui penyedia iRemit.

Filipina merupakan negara pengiriman wang ketiga terbesar di Asia dengan ramai rakyat Filipina menghantar wang ke Filipina dari luar negara. Pada tahun 2020 sahaja, sebanyak $33.19 bilion dikirim ke negara Filipina dari negara lain walaupun ditengah pandemik Covid-19.Walau bagaimanapun, kos komisen dan tempoh masa menyukarkan proses ini.

Atas dasar itu, Novatti memutuskan untuk menggunakan RippleNet untuk memudahkan sistem pembayaran, dan juga membolehkan transasksi dalam jumlah yang besar dengan memanfaatkan perkhidmatan On-Demand Liquidity (ODL).

ODL akan memastikan pembayaran rentas sempadan segera tanpa memerlukan pra-pembiayaan. Kebiasaanya pembayaran ke luar negara memerlukan akaun semasa pengirim dan penerima dalam mata wang tempatan, tempoh masa yang lama dan kos yang mahal.

Dengan adanya XRP, kos dan tempoh penungguan akan dikurangakan. Secara tidak lansung penjimatan yang besar dapat dilakukan.

Terkini, Ripple telah mempunyai kerjasama dengan institusi kewangan dalam lebih dari 55 negara dan berusaha untuk mengembangkan lagi pasaran dan perkhidmatan mereka. Tamsilnya, kerjasama dengan Novatti merupakan berita baik untuk XRP meluaskan pengaruhnya,

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat