Risiko Gelombang Pandemik Bakal Menekan EUR/USD Ke Paras Rendah

461

Semakin menghampiri tarikh pilihan raya Presiden, US dolar dijangka akan terus mendapat permintaan berikutan pasaran masih berwaspada terhadap risiko peningkatan kes jangkitan Coronavirus khususnya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pada gelombang terbaru.

Kes global Covid-19 disahkan mencecah 43 juta sementara angka kematian telah merekodkan 1.15 juta korban. Sangat membimbangkan!

Kenaikan kes jangkitan terbaru telah memaksa sebahagian negara-negara Eropah untuk mengetatkan sekatan pergerakan dan mengehadkan aktiviti ekonomi.

AS, Rusia dan Perancis merekodkan kes harian tertinggi terbaru untuk gelombang pandemik kedua. Di Itali, restoran dan bar diarahkan beroperasi setakat 6 petang sahaja sementara Sepanyol telah umumkan kecemasan negara.

Walaupun laporan media berkenaan vaksin AstraZeneca terbukti berkesan setelah digunakan pada golongan berusia dan hospital British diarahkan untuk menyediakan vaksin tersebut seawal bulan hadapan, namun masih gagal untuk memulihkan sentimen pasaran.

Mata wang Euro masih bertahan daripada terus menjunam di awal minggu sementara US dolar akan mendapat kelebihan pada suasana berisiko pasaran minggu ini.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD, dapat dilihat pergerakan harga di awal minggu agak mendatar namun menunjukkan corak penurunan.

Harga yang membuat penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal bagi trend bearish.

Penurunan lebih rendah dilihat akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.18000.

Arah penurunan lebih jelas harga pada carta EUR/USD akan mendorong harga menuju semula ke zon support sekitar 1.16900.

Sebaliknya jika sentimen pasaran pada minggu ini menyokong kenaikan semula harga, zon resistance 1.19000 akan menjadi tumpuan utama yang akan turut dinilai oleh pelabur terhadap reaksi harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat