Rugi $20 Juta, Square Inc. Enggan ‘Top-Up’ Bitcoin (BTC)

2,309

Mimpi ngeri untuk firma gergasi Square Inc. apabila menyaksikan kerugian mencecah $20 juta dalam pelaburan Bitcoin (BTC) pada suku pertama 2021.

Untuk pengetahuan, firma yang diasaskan oleh Jack Dorsey telah membuat pelaburan sebanyak $220 juta dalam Bitcoin. Pelaburan pertama adalah pada Oktober 2020, bermodalkan $50 juta. Pelaburan kedua pula berlaku pada Februari 2021, di mana ketika itu Square menambah lagi sebanyak $170 juta.

Ekoran daripada itu Ketua Pegawai Kewangan Square Inc., Amrita Ahuja menjelaskan pihak mereka tidak bercadang untuk menambah lagi pegangan Bitcoin.

Namun, pada masa yang sama mereka melihat situasi ini sebagai satu lagi peluang untuk Square mendalami lagi perihal Bitcoin. Malah, tidak dinafikan firma itu sentiasa menilai kebarangkalian penggunaan Bitcoin dalam ekosistem mereka.

Berdasarkan rekod kewangan Square yang berakhir pada Mac, firma itu mendedahkan kerugian sebanyak $20 juta hasil pelaburan Bitcoin walaupun nilai saksama (fair value) meningkat kepada $472 juta mengikut harga pasaran.

Pelaburan Bitcoin seperti yang dinyatakan berjumlah sekitar 5% daripada tunai yang dimiliki.

Sama seperti Elon Musk, Ahuja berpendapat industri kripto perlu menitikberatkan alam sekitar apabila melibatkan kripto dan berharap akan berlaku inovasi terutama dari segi tega bersih dan yang boleh diperbaharui.

Ketika penulisan, nilai BTC terus menyusut dengan rekod semasa pada $42,480, turun lebih 12% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat