Rupanya Ini Yang Menyokong Pengukuhan Euro!

762

Dagangan euro terus bertahan pada keuntungan yang diraih dari kelemahan matawang US dolar dan bacaan data inflasi Zon Eropah yang lebih tinggi daripada dijangkakan.

Data pada hari Selasa menunjukkan inflasi Zon Eropah meningkat kepada 3% tahun ke tahun pada bulan Ogos, melebihi sasaran 2% bank pusat dan merupakan bacaan tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh 10 tahun.

Lonjakan hasil bon memaksa para pelabur beralih mendapatkan semula matawang euro dan mendorongnya ke paras ketinggian hampir satu bulan berbanding dolar greenback serta kembali didagangkan di atas harga 1.1800.

Susulan kenaikan ini, ia membuatkan pelabur ternanti-nanti mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu depan dan mengharapkan pembuat dasar akan memberi isyarat mengenai perubahan dasar.

Robert Holzmann, gabenor bank pusat Austria, mengatakan ECB kini berada dalam situasi di mana ia dapat mempertimbangkan pengurangan pembelian bon kecemasan dan beliau berharap supaya isu tersebut akan dibincangkan dalam pertemuan minggu depan.

Sementara, presiden bank pusat Belanda, Klaas Knot pula mengatakan tahap inflasi di Zon Eropah telah meningkat ke tahap yang memerlukan penurunan segera untuk rangsangan.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, terdapat juga pelabur yang percaya bahawa ECB akan terus mengekalkan pendekatan dasar monetari semasa berdasarkan panduan bank pusat sebelum ini yang menunjukkan pembelian aset akan berterusan sehingga kenaikan kadar diperlukan.

Ketika penulisan, matawang euro sedikit meningkat pada 1.18150 berbanding dolar greenback, tidak jauh dari paras ketinggian hampir satu bulan yang dicapainya pada Selasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat