Rupanya Ramai Pelabur Tidak Yakin Bitcoin Akan Mencecah $50,000 Pada 2030

835

Hanya 17% daripada 1000 individu Amerika Syarikat (AS) merangkumi bekas pelabur dan pelabur semasa Bitcoin yakin dengan lonjakan harga melebihi $50,000 menjelang 2030.

Ini bermakna, BTC perlu melonjak 160% dalam tempoh 10 tahun dan setakat ini aset Satoshi Nakamoto berjaya membuktikan lonjakan lebih tinggi, 166.5% sepanjang 2020.

Tinjauan itu dijalankan oleh platform perlombongan, Genesis Mining yang berpusat di Kepulauan Virgin Britain baru-baru ini.

BTC SUSUT

Sebanyak 17% lagi menjangkakan penyusutan harga dan satu per enam responden tidak yakin dengan spekulasi harga jangka panjang BTC.

50.1% responden pula meramalkan Bitcoin akan mencapai harga $20,000 atau kurang, satu per tiga memilih $10,000 atau kurang dan 11.8% ramalkan harga di bawah $1,001 menjelang 2030.

Hampir satu per tiga responden mengandaikan penyusutan sepanjang 10 tahun ekoran daripada undang-undang yang semakin ketat dan satu per lima menjangkakan sekatan matawang kripto oleh pihak kerajaan.

BTC MELONJAK

Satu per sepuluh yakin Bitcoin akan mencecah nilai enam angka atau lebih sedekad lagi dengan separuh daripada mereka mengjangkakan harga BTC meningkat 20x ganda, melepasi $500,000 sama seperti jangkaan kembar Winklevoss.

Hampir 30% responden percaya penerimaan Bitcoin akan didorong oleh kekurangan kepercayaan terhadap matawang fiat dengan 25.8% menjangkakan kemelesetan ekonomi besar dan lebih daripada separuh responden yakin Bitcoin masih ada ruang untuk berkembang tanpa mengira faktor politik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat