Rusia Makin Ditekan – G7 Ikrar Salurkan Bantuan Kewangan Kepada Ukraine!

466

Para pemimpin G7 menyatakan bahawa mereka bersetuju untuk memberikan bantuan baharu $9.5 bilion kepada Ukraine berdasarkan keputusan yang diputuskan pada hari Jumaat dan menjanjikan bantuan kewangan yang cukup untuk mengekalkan ekonomi negara itu dalam keadaan stabil.

Menteri kewangan dan gabenor bank pusat Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Britain, Jerman, Perancis dan Itali menyatakan sokongan mereka kepada Ukraine buat tahun 2022 setakat ini telah berjumlah $19.8 bilion. Kementerian kewangan Jerman menjelaskan jumlah itu termasuk $10.3 bilion yang telah dijanjikan atau dikeluarkan sebelum ini.

Daripada bantuan baharu itu, Amerika Syarikat akan menyediakan geran $7.5 bilion, Jerman $1 bilion lagi dan baki $1 bilion akan ditampung oleh negara G7 lain dalam bentuk jaminan dan pinjaman, kata kementerian Jerman.

Dalam satu kenyataan di mesyuarat G7, dinyatakan bahawa “Kami akan terus menyokong Ukraine sepanjang perang ini dan seterusnya dan bersedia untuk menambah lebih banyak lagi mengikut keperluan,”.

Ukraine menganggarkan ia memerlukan kira-kira $5 bilion sebulan untuk memastikan gaji kakitangan awam dibayar dan pentadbiran berfungsi walaupun berhadapan kemusnahan saban hari. Selain bantuan G7, Kesatuan Eropah akan menawarkan pinjaman 9 bilion euro ($9.50 bilion) kepada Ukraine dan Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan serta Perbadanan Kewangan Antarabangsa akan menawarkan pinjaman sebanyak $3.4 bilion lagi.

Anggaran ahli ekonomi tentang kos membina semula Ukraine berbeza-beza antara 500 bilion euro dan 2 trilion euro, bergantung kepada andaian mengenai tempoh konflik dan skop kemusnahan.

Disisi lain, G7 turut membincangkan ikhtiar untuk mengurangkan pendapatan Rusia daripada eksport tenaga, seperti sekatan berperingkat yang dicadangkan oleh Kesatuan Eropah, membentuk kartel pembeli untuk menekan harga minyak mentah Rusia dan mengenakan tarif import ke atas minyak Rusia.

Akhir sekali, topik inflasi turut menjadi perhatian utama kerana ia berpotensi membawa kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat