Rusia Terus Ditekan, Adakah China Bakal Ikut Jejak Langkah Negara Barat Kenakan Sekatan?

1,744

Sejak dua minggu lalu, negara-negara ekonomi besar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia susulan pengiktirafan kemerdekaan terhadap dua wilayah kumpulan pemisah di timur Ukraine.

Beberapa Bank telah dikenakan sekatan termasuk beberapa individu terkaya. Terkini, syarikat gergasi Amerika Syarikat (A.S) seperti Apple, Google dan Harley Davidson mengambil keputusan untuk menghentikan sekatan ke atas negara Rusia.

Di sebalik semua tindakan negara ekonomi besar ini, timbul tanda tanya ada China akan mengikut jejak langkah untuk menyertai sekatan ke atas Rusia? Laporan terkini yang berdasarkan kenyataan pengawal selia perbankan negara China menyatakan China tidak akan menyertai sekatan ke atas Rusia yang telah diterajui oleh Barat.

Menurut Guo Shuqing, “berkenaan dengan sekatan kewangan, China tidak menyetujuinya terutamanya sekatan yang dilancarkan secara unilateral yang tidak berfungsi dengan baik dan tidak mempunyai alasan undang-undang”.

“Kami tidak akan mengambil bahagian dalam sekatan sedemikian. Kami akan terus mengekalkan pertukaran ekonomi dan perdagangan seperti biasa,” katanya.

Hubungan diplomatik China dan Rusia setakat ini telah menunjukkan perkembangan. Jumlah perdagangan antara kedua-duanya melonjak 35.9% pada tahun lepas kepada rekod $146.9 bilion.

Tambah Guo, kesan daripada sekatan ke atas ekonomi dan sektor kewangan China setakat ini tidak terlalu ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat