Saham Global Terus Bergolak Kerana Omicron

162

Saham Asia dan harga minyak merudum kerana varian Omicron yang telah menyebabkan Eropah ‘ditutup’ dan mengancam ekonomi dunia menjelang tahun baharu yang semakin mendekat.

Niaga hadapan S&P 500 mendahului penurunan dengan jatuh 0.7% sementara niaga hadapan Nasdaq susut 0.6%.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun susut 0.4% dan Nikkei Jepun turun 0.7%.

Penyebaran Omicron menyaksikan Belanda melaksanakan sekatan yang bakal diikuti oleh negara-negara Eropah lain telah menyebabkan risiko inflasi meningkat dan mendorong bank pusat lebih hawkish.

Terdahulu, pegawai Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah menyatakan berlakunya kenaikan kadar menjelang Mac tahun depan yang akan menjejaskan kunci kira-kira bank pusat pada pertengahan 2022.

Hasil nota 10 tahun AS jatuh 1.38% yang menurun dari paras kemuncak tahun 2021 pada 1.776%.

Indeks dolar mencapai paras terbaik tahun ini pada 96.665 ekoran keputusan hawkish Fed dan aliran safe haven yang menyokongnya dari lonjakan 0.7% pada Jumaat.

Euro merosot $1.1241, menghampiri paras terendah tahun ini yang pernah dicapai pada $1.1184 sementara Yen Jepun yang berstatus safe haven kekal pada 113.63 per dolar.

Harga minyak terus menurun ekoran kebimbangan penyebaran varian Omicron dengan Brent susut $1.56 pada $71.96 setong sementara minyak mentah AS jatuh $1.43 pada $69.43 setong.

Harga emas kukuh pada $1,801 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat