Saham Sapura Energy Jatuh Walaupun Dividen Khas Diumumkan Semalam

795

Sapura Energy Bhd baru sahaja mengumumkan dividen khas semalam, jatuh sedikit permulaan dagangan saham hari Selasa.

Saham firma minyak dan gas ini jatuh sekitar 1.45% atau 0.5 sen kepada 34 sen. Ia adalah kaunter saham kedua aktif selepas Bumi Armada pagi ini dengan dagangan 35.99 juta saham diniagakan.

Sapura Energy-WA susut 3.45%, 0.5 sen kepada 14 sen dengan 15.5 juta saham diniagakan.

Sapura Energy baru sahaja mengumumkan keuntungan RM500.4 Juta pada suku ke-4 berakhir 31 Jan berbanding kerugian RM2.28 billion pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Sapura Energy juga telah mengumumkan dividen khas semalam dengan 0.5 sen per saham untuk tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2019.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat