Saksikan Lonjakan USD Lebih Tinggi Pada Sesi Eropah

904

US dolar meneruskan pendakian lebih tinggi pada sesi Eropah ketika tumpuan pasaran tertumpu pada pengumuman dasar monetari Bank Pusat Eropah dan Kanada.

Kenyataan hawkish pembuat dasar Federal Reserve, James Bullard memacu kenaikan greenback lebih tinggi selepas beliau mengatakan bank pusat perlu teruskan rancangan untuk mengurangkan pembelian aset pada tahun ini walaupun data pekerjaan bulan lalu lemah.

Selain itu, US dolar juga meraih permintaan pelabur sebagai safe-haven ketika kes jangkitan Covid-19 yang meningkat dan kesannya pada prospek pertumbuhan global telah memburukkan sentimen pasaran, menyebabkan pelabur lebih berhati-hati untuk meletakkan posisi pada matawang utama.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan meningkat pada 92.70.

Sementara itu, matawang euro menjunam lebih rendah, ditekan oleh pengukuhan US dolar dan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi ECB pada hari Khamis.

Matawang pound terus menyusut di tengah pengukuhan US dolar, dengan tumpuan pasaran kini beralih kepada undian terhadap cadangan cukai Perdana Menteri UK Boris Johnson hari ini.

Terdahulu, PM Johnson telah mengumumkan rancangan untuk menaikkan cukai sebagai usaha untuk membiayai penjagaan kesihatan dan pembaharuan sistem penjagaan sosial negara. Kenaikan ini akan meningkatkan beban cukai keseluruhan menjadi yang tertinggi sejak perang dunia kedua.

Keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) terus meletakkan dagangan dolar Aussie di bawah tekanan, mendorong matawang utama itu terus jatuh lebih rendah pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat