Salah Faham Yang Menguntungkan, Bitcoin Gold Melonjak Hampir 200%!

1,903

Salah satu hard fork Bitcoin (BTC) dikenali sebagai Bitcoin Gold (BTG) tiba-tiba menyaksikan lonjakan hampir 200% dalam seminggu. Tidak pasti mengapa namun timbul dakwaan lonjakan tersebut berlaku kerana pelabur telah salah faham.

Pada 9 April, BTG merekodkan nilai dagangan pada $113, paras tertinggi sejak Februari 2018 selepas peningkatan 30% dalam rekod harian sejajar dengan jumlah dagangan berada di kemuncak nilai $250 juta.

Salah faham ini bermula pada Selasa ketika dana terbaru Bitcoin yang ditubuhkan oleh bank pelaburan Brazil, BTG Pactual menghampiri hari pelancaran pada minggu ini setelah bekerjasama dengan pertukaran Gemini untuk pengurusan hak penjagaan.

Pada awalnya ia tiada kaitan dengan Bitcoin Gold tetapi bank itu pada masa yang sama turut berkongsi ticker token tersebut, menyebabkan BTG mendadak menjadi perhatian pelabur.

Susulan daripada itu kadar permintaan Bitcoin Gold meningkat tinggi dan tiada tanda-tanda untuk surut. Ketika penulisan, BTG didagangkan pada $106.21 dengan lonjakan lebih 38% dalam 24 jam.

Sebagai rekod, Bitcoin Gold pada akhir Mac telah mengumumkan kerjasama bersama Phala Network namun gagal mendorong lonjakan harga token itu.

Bitcoin Gold merupakan salah satu hard fork Bitcoin yang dibangunkan pada 2017, bersama-sama dengan Bitcoin Cash (BCH), Bitcoin Diamond (BCD) dan lain-lain.

Tidak sama seperti keunggulan Bitcoin, kejayaan token-token itu agak terhad. Misalnya BCH terus-menerus hilang nilainya berbanding BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat