Saranan Positif Oleh Penganalisis, Pelabur Perlu Tinjau Saham Ini

957

UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd menetapkan saranan ‘beli’ untuk saham UEM Edgenta Bhd (UEME) dengan unjuran 67% kadar pertumbuhan tahunan kompaun dari tahun 2021 hingga 2023.

Dalam catatan penyelidikannya hari ini, firma tersebut berkata, UEME akan menjadi penerima utama pertumbuhan hasil daripada pembukaan semula ekonomi dan perkembangan industri penjagaan kesihatan.

“Jangkaan ini disokong oleh perolehan nilai kontraknya yang mantap iaitu sebanyak RM12.2 bilion, terutama dari bahagian perkhidmatan kesihatan dan infrastrukturnya berserta kecekapan operasi menerusi integrasi teknologi canggih.

“Pertumbuhan industri penjagaan kesihatan, pemansuhan larangan perjalanan rentas negeri, peningkatan kesedaran terhadap persekitaran dan pelancaran projek infrastruktur akan bertindak sebagai pemangkin untuk terus menyokong keterlihatan pendapatan UEME untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” ujar UOB Kay Hian seperti dilaporkan oleh Bernama.

Firma penyelidikan berkenaan turut maklum UEME mempunyai prospek pertumbuhan positif, disokong oleh syarikat induknya, UEM Group yang dimiliki oleh Khazanah Nasional.

“Ini akan menyokong nisbah pembayaran dividen syarikat iaitu 70% yang kami unjur akan berikan antara 5% hingga 7% untuk tahun 2021 hingga 2023, konsisten dengan dasar polisinya,” jelas firma terbabit.

UOB Kay Hian menjangkakan bahawa pembayaran dividen yang tinggi akan disokong oleh kedudukan tunai bersih UEME yang kukuh sebanyak RM206.2 juta dan nisbah gearan kasar 0.32 kali.

“Kami mengekalkan harga sasaran UEME pada RM2.30 sesaham,” menurut firma itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat