Sasaran Harga Emas Menuju Paras $1900 Semula?

948

Harga emas kekal tampil pamerkan kejatuhan menuju dagangan penghujung minggu selepas paras tertinggi mingguan mencapai paras $1992 per auns pada Selasa.

Pada dagangan Rabu, harga pamerkan penurunan harga sekitar 400 pips pada carta XAUD/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

US dolar yang kian mendapat rentak pengukuhan terus menjadi faktor penurunan harga emas dalam pasaran di samping sentimen pasaran.

Data tinjauan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) oleh ISM akan menjadi tumpuan pelabur di sesi New York hari ini sebelum tumpuan seterusnya terarah pada laporan data pekerjaan NFP.

Sementara itu, pelabur berwaspada terhadap kemungkinan hubungan antara AS dan China kembali tegang semula. China menyatakan akan mengambil tindakan yang sepatutnya susulan sekatan terbaru AS terhadap pegawai diplomat China.

Sentimen berisiko pasaran berpotensi untuk melonjakkan semula harga emas dalam pasaran berikutan pelabur yang mungkin beralih pelaburan ke aset lebih selamat.

Namun buat waktu ini, harga emas masih lagi memaparkan momentum penurunan.

Harga pada carta XAU/USD kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan 1 jam harga yang menunjukkan trend bearish.

Penurunan harga semalam mencecah paras $1933 di sesi New York sebelum harga menutup dagangan sedikit tinggi.

Kenaikan bersambung di awal sesi Asia pagi ini sebelum harga kembali turun semula selepas menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $1950.

Setakat awal sesi Eropah, harga telah mencecah penurunan ke paras sekitar $1927 dan dijangka penurunan harga akan masih diteruskan ke sesi New York.

Penurunan lebih rendah harga emas dijangkakan menuju zon support pada paras harga $1900.

Sebaliknya jika harga emas kembali melonjak, zon RBS pada paras $1950 akan diuji sebelum paras seterusnya adalah pada ketinggian $1975.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat