Saudi Aramco Khabarnya Diserang Lagi, Harga Minyak OK Tak?

336

Ketegangan terbaru di Timur Tengah telah memberi sokongan buat minyak mentah untuk meraih kenaikan pada sesi dagangan hari ini.

Kumpulan militia Houthi yang disokong Iran mengatakan pada hari Isnin, bahawa mereka telah melancarkan 17 dron dan dua peluru berpandu balistik ke sasaran di Arab Saudi, termasuk kemudahan Saudi Aramco di Jubail dan Jeddah.

Walaupun masih tidak ada pengesahan daripada Arab Saudi, namun ia cukup untuk memberi sokongan buat dagangan minyak mentah yang dihimpit oleh kebimbangan terhadap permintaan global.

Selain itu, kestabilan harga turut disokong oleh laporan yang mengatakan import minyak mentah China melonjak 21% pada bulan Mac.

Pembeli minyak mentah utama di dunia itu dilaporkan telah mengimport sebanyak 49.66 juta tan pada bulan lalu, iaitu bersamaan dengan 11.69 juta tong sehari.

Para pelabur kini menantikan data bekalan minyak mentah oleh Institut Petroleum Amerika (API) yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Menjelang sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat di sekitar harga $63.52 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula stabil pada $59.90 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat