SEC Lantik Penasihat Kanan Kripto, Ini Fakta Yang Perlu Diketahui!

1,066

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat, Gary Gensler kini telah menambah ahli baharu sebagai kakitangan eksekutifnya. Penambahan baharu yang dikenali sebagai Corey Frayer dilantik sebagai penasihat mengenai perkara-perkara berkaitan kripto dan penggubalan dasar.

Pelantikan Corey Frayer diumumkan oleh SEC pada awal hari ini sambil menyatakan bahawa beliau akan menyandang jawatan penasihat kanan yang akan mengendalikan perkara-perkara yang terkait dengan kripto.

Perlantikan bagi jawatan ini bukanlah sesuatu yang baru untuk Frayer. Beliau sebelum ini pernah bekerja sebagai penasihat dasar kanan bersama Reps Maxine Waters dan Brad Miller untuk Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Perbankan Senat.

Sementara itu, Frayer bukanlah satu-satunya tambahan baharu sebagai kakitangan eksekutif Gensler. Jennifer Songer,Jorge Tenreiro dan Philipp Havenstein akan bekerjasama sebagai peguam pengurusan pelaburan, peguam penguatkuasa dan peguam operasi yang melibatkan kripto.

Perlantikan ini telah menimbulkan persoalan dalam kalangan pemain pasaran kripto iaitu mengenai nada atau prinsip SEC terhadap kripto selepas ini. Sebelum ini, Gary Gensler berulang kali menyatakan kebimbangan mengenai dana dagangan bursa ETF yang terkait dengan aset kripto BTC.

Sejak pengesahan April oleh Senat A.S., Gensler telah menggesa semua projek kripto untuk mendaftar dengan SEC. Walaupun terdapat kebimbangan yang dibangkitkan tentang peraturan yang tidak jelas, Gensler berkemungkinan akan terus berkhidmat sebagai pengerusi SEC sehingga 2026.

Namun secara amnya, penganalisis berpendapat bahawa perlantikan Frayer akan membawa sedikit harapan terutamanya mengenai dagangan Bitcoin ETF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat