Sejauh Mana Wabak Koronovirus Akan Beri Impak Pada Ekonomi Global? Ini Pandangan Pakar!

445

Kebanyakkan bank dan institusi kewangan telah mengumumkan senario terburuk bakal dihadapi pada tahun 2020 berikutan penularan wabak koronavirus yang memberi kesan kepada ekonomi global dan pasaran kewangan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka mungkin hanya akan mencatat bacaan serendah 1% setahun, kata Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) pada minggu lepas dan ramalan itu dikeluarkan sebelum berlakunya kemerosotan harga minyak pada hari Isnin.

Menurut Rabobank pada hari ini,”Kemelesetan global kini sudah pasti” dan meramalkan pertumbuhan global akan mencapai sebanyak 1.6% menjelang akhir tahun ini. Kini telah sebanyak 114,000 kes koronavirus telah tercatat di seluruh dunia. Virus yang bermula di China pada akhir tahun lalu telah memberi impak kepada ekonomi utama seperti pembatalan penerbangan, pembelian panik dan langkah kuarantin yang ketat dalam beberapa kes.

Berdasarkan IIF, pada peringkat ini impak terhadap ekonomi adalah tidak menentu, ia bergantung kepada penularan virus dan kejatuhan ekonomi. Lanjut IIF, pertumbuhan global boleh mendekati pertumbuhan 1.0%, jauh di bawah 2.6% tahun lepas dan berkemungkinan paling lemah sejak krisis kewangan global.

Pertumbuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), agensi penarafan Moody dan institusi kewangan lain juga telah menurunkan ramalan pertumbuhan global sejak beberapa hari lalu. OECD menganggarkan bahawa KDNK global akan meningkat sebanyak 2.4% pada tahun ini. Walaubagaimanapun, Moody jangkakan KDNK pada ekonomi global pada hari Jumaat kepada 2.1% daripada 2.4%.

Jika dahulu, analisis awal hanya berkisar kepada rantaian bekalan, kini lebih jelas bahawa kejutan itu juga akan melembapkan permintaan domestik di seluruh dunia yang akan menjejaskan pelbagai aktiviti tidak diniagakan di seluruh negara.

Bank of America pula pada 2 minggu lalu telah mengurangkan ramalan pertumbuhan global 2020 kepada 2.8%. Ini akan menjadi bacaan terendah sejak tahun 2009. Sementara itu, ahli ekonomi Nomura telah memberi amaran bahawa kemelesetan global mungkin tidak dapat dielakkan.

Sebahagian lain berpendapat bahawa, langkah pencegahaan yang paling berkesan bukanlah dasar monetari atau fiskal tetapi ia adalah kawalan keselamatan kesihatan. Jika kawalan keselamatan kesihatan gagal untuk membendung penularan COVID-19 maka kebarangkalian untuk berhadapan kemelesetan ekonomi global adalah semakin tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat