Sekejap Je, Jeff Bezos Sekali Lagi Bergelar Individu Terkaya Dunia!

3,999

Rekod Forbes yang terbaru menunjukkan CEO Amazon, Jeff Bezos sekali lagi memegang gelaran individu terkaya dunia selepas menumbangkan pengasas Tesla, Elon Musk.

Untuk pengetahuan, sebelum Musk, Bezos telah lama memegang gelaran tersebut sejak 2017, sebelum dicantas oleh Musk pada awal Januari lalu susulan daripada lonjakan saham Tesla dan pakej gaji yang lumayan.

Nampaknya, Musk terpaksa mengundur diri selepas lebih sebulan bergelar orang terkaya di muka Bumi. Bye-bye!

Buat masa sekarang, rekod nilai bersih yang dimiliki Musk berjumlah $173.4 bilion setelah susut sebanyak $3.9 bilion semalam ekoran saham Tesla ditutup pada $796.22, 2.4% lebih rendah.

Bezos terus mencatat rekod kekayaannya berturut-turut. Bermula dengan pada 2018, ketika Bezos menyaksikan kekayaannya melepasi $150 bilion sehinggalah pada Ogos lalu, nilai bersihnya mengatasi angka $200 bilion.

Pada hari ini sekali lagi Bezos membuktikan dirinya sebagai individu terkaya dunia ketika sedang bersiap-sedia untuk melepaskan jawatannya dalam masa terdekat tahun ini.

Menurut sumber, figura itu masih akan memantau perkembangan Amazon tetapi lebih menfokuskan kepada beberapa projek lain termasuk syarikat roketnya – Blue Origin, The Washington Post, Bezos Earth Rund dan Amazon Day 1 Fund.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat