Manusia Terkaya Atas Muka Bumi, Elon Musk ‘Cantas’ Jeff Bezos!

8,284

Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk betul-betul The Flash apabila secara rasminya menjadi individu terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan yang dimiliki mencecah 195 bilion!

How strange”, Musk memuatnaik twit selepas pengumuman daripada akaun Twitter @teslaownersSV

Rekod Bloomberg Billionaires Index menunjukkan Musk mengatasi kekayaan CEO Amazon, Jeff Bezos yang bernilai $185 bilion dengan keuntungan diterima melalui harga saham Tesla yang melonjak berterusan sejak November tahun lalu.

Kedua-dua individu tersebut sudah lama dilihat bersaing secara dekat, lagi-lagi Bezos juga memiliki syarikat kapal angkasa, Blue Origin yang sama seperti milik Musk dan pernah ‘berebut’ untuk mendapatkan sebahagian hartanah NASA sebelum kemenangan berpihak kepada SpaceX.

Walhal baru dua bulan lalu individu ini berjaya melepasi kekayaan Bill Gates setelah Tesla berjaya mengaut keuntungan hampir 500%, lima hari selepas memintas kedudukan Mark Zuckerberg!

Tidak dinafikan saham Tesla telah mencatatkan keuntungan berlipat kali ganda pada tahun lalu dengan usaha Musk menaikkan jualan pengangkutan elektriknya, terutama sedan Model 3 dan SUV Model Y yang menjadi perhatian peminat.

Sahamnya terus berkembang terutama sejak dia menandatangani pakej pampasan 10-tahun dengan Tesla pada 2018 dengan diberi sejumlah besar saham pilihan syarikat setiap kali mencipta rekod baru, dengan keuntungan tahap pertama yang diterimanya pada awal tahun ini sekitar $800 juta!

Sebelum ini Musk dilaporkan telah menjual kelima-lima rumahnya selepas bersumpah untuk tidak memiliki sebarang aset menerusi kicauannya di Twitter pada Mei 2020.

Mustahil untuk Musk berada di mana dia berada sekarang jika Tesla dijual kepada Apple sekitar 2017-2018 seperti yang didedahkan pada Disember lalu.

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat