Sektor Kripto Berkembang Di Vietnam, 16.6 Juta Rakyat Miliki Aset Digital

263

“Mungkin rakyat Vietnam dah mula sedar tentang kebaikan kripto sebab tu la semakin meningkat.”

Didedahkan semasa laporan pasaran mata wang kripto Vietnam 2022 bahawa 16.6 juta rakyat negara tersebut memiliki aset digital, di mana Bitcoin (BTC) adalah antara kripto paling popular yang dipegang oleh penduduk Vietnam.

Sebagai rekod, 17% daripada penduduk negara itu membeli kripto manakala 31% bertindak melabur dalam BTC, namun perlu diketahui Thailand adalah negara yang paling ramai memegang aset digital berbanding Vietnam.

Selain mempunyai sejumlah besar pelabur kripto, Vietnam juga melaksanakan beberapa projek blockchain yang memfokuskan Game Finance (GameFi), non-fungible token (NFT) dan Web3.

Rakyat Vietnam dilaporkan mengasas tujuh daripada 200 syarikat blockchain teratas di seluruh dunia, antaranya Axie Infinity, Coin98 dan Kyber Network.

Axie Infinity adalah permainan berasaskan blockchain yang paling popular apabila terdapat tiga juta pengguna pada awal tahun 2022 namun menurun di bawah satu juta sebelum melonjak semula pada awal tahun 2023.

Syarikat tersebut didapati menghadapi kejatuhan pada Mac tahun lalu selepas penggodaman Korea Utara Lazarus Group melesapkan aset digital bernilai $600 juta daripada Ronin Network, iaitu sidechain Ethereum (ETH) yang menguasai Axie Infinity.

Meskipun begitu, Axie Infinity menambah baik dasar keselamatannya dan memulakan semula operasi tiga bulan kemudian.

Suka dimaklumkan bahawa syarikat itu berjaya mengatasi rintangan susulan komitmennya yang tinggi terhadap permainan berasaskan blockchain di samping Vietnam turut menduduki tempat pertama dalam penyelidikan 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat