Sektor Pembuatan AS Menguncup, EUR/USD Melonjak 90 Pips!

313

Berbeza berbanding dagangan minggu lalu, dolar Amerika Syarikat menjadi matawang dengan prestasi terburuk pada minggu ini ekoran beberapa faktor yang memberi tekanan terhadap matawang utama dunia tersebut.

Pada sesi New York semalam, data PMI pembuatan Amerika Syarikat tinjauan ISM telah mencatatkan bacaan angka yang menurun kepada 48.1 mata untuk November. Angka tersebut merekodkan penguncupan 4 bulan berturut-turut bagi aktiviti perkilangan.

Dalam data yang berbeza, perbelanjaan pembinaan pada Oktober untuk pelaburan projek swasta telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 3 tahun.

Sentimen berisiko pasaran ditambah lagi dengan isu tarif oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Brazil dan Argentina untuk import keluli dan aluminium.

Sentimen berisiko pasaran serta data ekonomi AS yang merosot telah melonjakkan kenaikan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam.

Harga yang pada mulanya bergerak lemah membuat penurunan hampir mencecah paras 1.10000 kemudiannya telah melonjak 90 pips ke paras lebih tinggi menuju zon resistance 1.10900.

Ini merupakan pergerakan drastik harga setelah mendatar sejak dagangan dua minggu yang lalu.

Jika dolar USD kekal bergerak lemah menjelang mesyuarat FOMC pada minggu hadapan, harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi paras tumpuan pada 1.11000.

Kenaikan seterusnya bakal menjadikan paras tumpuan pada dagangan Oktober lalu sebagai destinasi antaranya pada 1.11400 atau lebih tinggi pada 1.11800.

Sebaliknya jika sentimen pasaran kembali pulih dan menyokong semula pengukuhan USD, harga bakal ditekan semula ke paras 1.10400 dan cuba melepasi semula garisan Moving Average 50 (MA50).

Penurunan lebih rendah akan kembali pada zon dagangan untuk 2 minggu yang lalu dengan paras 1.10000 menjadi paras support harga yang terdekat.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat