‘Sekuriti Atau Bukan?’ Pengerusi SEC Jelaskan Status Ethereum

3,170

Adakah Ethereum (ETH) benar-benar terancam jika XRP menang?

Pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler memberi hint ada kemungkinan aset kedua terbesar selepas Bitcoin (BTC) itu akan ‘terciduk’ dengan pemantauan pihak penyelia.

Jelasnya dalam Squawk Box CNBC baru-baru ini,

Pihak kami tidak terlibat dengan mana-mana projek kripto, termasuk memberi nasihat atau saranan berkaitannya.

Tetapi jika ditanya sama ada Ethereum adalah sekuriti atau pun tidak, ini jawapan Gensler: “Jika mana-mana entiti membuat pengumpulan dana daripada orang ramai dan mereka dapat keuntungan berdasarkan promosi, tajaan, yang mana merupakan usaha entiti tersebut – ia merupakan dalam undang-undang yang digariskan.

Sebelum ini SEC telah sepakat menyimpulkan Bitcoin (BTC) bukan aset sekuriti. Ironinya, SEC telah mendakwa XRP sebagai aset sekuriti, menyebabkan kes ini dibicarakan lebih setahun sejak Disember 2020.

Sementara itu, komuniti kripto beranggapan SEC mungkin tidak menganggap Ethereum sebagai sekuriti walaupun pernah berlaku penjualan aset dalam penawaran syiling permulaan (ICO) pada 2014.

Pada hari ini, aktiviti tersebut telah dikategorikan sebagai penawaran sekuriti tidak berdaftar.

Pada 2018 pula, bekas pengarah kewangan korporat SEC, William Hinman mendakwa Ethereum telah sepenuhnya desentralisasi, menjadikan aset itu sebagai bukan sekuriti.

SEC pada hari ini dilihat lebih tegas dan tangkas terhadap industri kripto. Buktinya, Gensler mendakwa ribuan mata wang kripto dalam industri kewangan desentralisasi (DeFi) di rangkaian Ethereum telah beroperasi secara haram (atau tidak berdaftar).

Maka, tidak hairanlah jika suatu hari nanti SEC memperkenalkan undang-undang terhadap DeFi sebagaimana mereka mahu melindungi pelabur daripada penipuan pelaburan.

Apa yang dimaksudkan sesebuah aset itu sebagai sekuriti?

Sekuriti merujuk kepada aset kewangan yang boleh didagangkan dan memiliki nilai monetari seperti saham atau bon. Kebanyakan aset sekuriti memiliki kriteria yang digariskan Howey Test.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat