Selepas 2 Sesi Cemerlang, Bursa Kecundang Merah

180

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.83 mata pada 1,546.08 daripada penutupan hari Rabu pada 1,554.91.

Indeks dibuka lemah 4.67 mata pada 1,550.24.

Bursa dilihat gagal meneruskan momentum kehijauan buat 3 sesi berturut-turut apabila dibuka merah hari ini selepas menjejaki prestasi semalaman Wall Street.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 437 mengatasi kaunter untung pada 49, manakala 146 kaunter pula tidak berubah, 1,637 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 286.43 juta unit bernilai RM121.62 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menyatakan pasaran Wall Street mengalami penurunan ekoran kebimbangan inflasi.

Di bursa tempatan pula, beliau menjangkakan FBM KLCI berada dalam sentimen berhati-hati dengan indeks berada di paras 1,540-1,555 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank kekal pada RM8.99 sementara Public Bank jatuh 5 sen pada RM4.56, IHH Healthcare hilang 3 sen pada RM6.43 manakala Petronas Chemicals kumpul 2 sen pada RM10 dan CIMB naik 1 sen pada RM5.08.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy hilang 0.5 sen pada 7 sen, Serba Dinamik tolak 2 sen pada 14 sen, Dagang Nexchange turun 3 sen pada RM1.02 sementara Techna-X naik 0.5 sen pada 5.5 sen dan Country Heights tambah 1.5 sen pada 85 sen.

Kaunter paling rugi menunjukkan Nestle susut RM1.50 pada RM132.90, Malaysian Pacific Industries turun RM1.24 pada RM30.38, Batu Kawan rudum 30 sen pada RM27.10, Petronas Dagangan turun 26 sen pada RM21.26 dan Sarawak Oil jatuh 21 sen pada RM5.84.

Di papan indeks, FBM ACE menyusut 83.98 mata pada 5,238.39, indeks FBM Emas menurun 86.08 mata pada 11,014.53, indeks FBMT 100 menguncup 79.06 mata pada 10,688.65, indeks FBM Emas Shariah merudum 116.93 mata pada 11,425.95 dan FBM 70 mengecut 170.09 mata pada 13,016.54.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 54.33 mata pada 16,612.58, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 2.14 mata pada 196.84 dan indeks Perladangan menguncup 80.42 mata pada 8,142.34.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat