Selepas Bitcoin (BTC) & Ethereum (ETH), AMC Entertainment Mahukan Dogecoin (DOGE) Pula

1,279

AMC Entertainment mengumumkan telah menerima beberapa aset kripto sebagai medium pembayaran melalui twit terbaru oleh CEO-nya pada awal pagi ini waktu Malaysia.

Matawang kripto yang terlibat termasuklah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Bitcoin Cash (BCH), dan Litecoin (LTC).

Lebih mengujakan pelabur kripo, Adam Aron turut menyebut Dogecoin (DOGE) sebagai matawang kripto seterusnya yang akan diterima AMC Entertainment.

Tidak cukup dengan itu, rantaian pawagam terbesar dunia itu juga menerima Apple Pay, Google Pay, dan Paypal yang mana menampung 14% daripada keseluruhan transaksi AMC.

Sebelum ini Aron telah menjalankan satu tinjauan di Twitter untuk melihat sejauh mana pelabur kripto berminat dengan pembayaran DOGE.

Rata-rata bersedia dan tidak sabar untuk menyaksikan penerimaan DOGE sebagai medium pembayaran AMC Entertainment.

Sementara itu pada Selasa, Aron mendedahkan mereka juga merancang untuk menerima Shiba Inu (SHIB) susulan daripada desakan peminat-peminat aset tersebut.

Menariknya juga, AMC Entertainment mahu menubuhkan matawang kriptonya tersendiri.

Dalam 24 jam, aset-aset ini mencatatkan nilai dagangan:

  • BTC: $64,818.91, meningkat 0.37%
  • ETH: $4,745.44, meningkat 1.66%
  • BCH: $670.65, meningkat 0.03%
  • LTC: $273.53, meningkat 6.07%
  • DOGE: $0.2624, meningkat 0.44%
  • SHIB: $0.00005393, meningkat 3.53%
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat