Selepas Ramalan 5 Tahun Lalu, Bill Gates Ramalkan 6 Bulan Lagi Pandemik Lebih Teruk

4,682

Sekali lagi pengasas bersama Microsoft, Bill Gates mengkhabarkan berita yang kurang menyenangkan, mendakwa pandemik COVID-19 akan bertambah teruk dalam empat hingga enam bulan akan datang.

Gates memberitahu jangkaannya itu dalam satu temubual bersama CNN pada Ahad baru-baru ini.

“IHME (Institute for Health Metrics and Evaluation) memberi gambaran akan lagi 200,000 kematian. Jika kita patuh dengan pemakaian pelitup muka dan elakkan perjumpaan, kita boleh menyangkal rekod tersebut,” jelasnya.

Ramalan Gates lima tahun lalu mengenai pandemik yang meragut lebih 10 juta nyawa seluruh dunia dan saranannya untuk mula membuat persiapan mengejutkan dunia jika dia benar-benar dalang di sebalik COVID-19.

Namun, individu tersebut menyatakan kelegaannya kerana kesan ekonomi Amerika Syarikat (AS) kerana pandemik jauh lebih baik berbanding ramalannya pada 2015.

Sebelum ini juga Gates meramalkan tiada vaksin yang akan mendapat kelulusan di AS sebelum akhir Oktober dengan keyakinan 50% business travel akan dihapuskan sebaik tamat pandemik.

Terbaru, figura itu meramalkan sekurang-kurangnya 6 vaksin akan memperoleh kelulusan pada suku pertama dan menjangkakan Jepun akan mengalami kerugian mencecah ¥1.4 trilion jika vaksin tidak diedarkan kepada negara membangun.

“Malah sepanjang awal 2022, melainkan jika kita membantu negara lain untuk mengawal penularan wabak dan menerima kadar vaksinasi yang tinggi, risiko jangkitan semula akan ada. Ketika itu sudah tentu ekonomi AS akan lebih teruk berbanding sekarang.” katanya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat