Selepas Trump Positif COVID-19, Dagangan Emas Mencanak Tinggi

1,052

Harga emas kembali melonjak pada dagangan Jumaat susulan berita mengejutkan tentang laporan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disahkan positif COVID-19.

Di laman sosial rasmi Trump juga turut mengesahkan bahawa beliau dan isterinya, Melania Trump positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan dan akan mula dikuarantin.

Pasaran memberi reaksi terhadap isu tersebut dah dilihat harga emas melonjak berikutan pelabur kembali beralih ke aset pelabur yang lebih selamat ekoran kebimbangan terhadap isu tersebut.

Pada carta harga XAU/USD, sesi Asia melihatkan harga turun di bawah paras 1900.00 sehingga ke paras 1890.00. Namun, harga kembali melonjak semula di atas paras 1900.00 susulan berita Trump disahkan positif COVID-19.

Dagangan yang bersambung di sesi Eropah masih melihatkan momentum lonjakan harga emas dengan jangkaan harga emas akan turut meningkat berbanding US dolar.

Kenaikan harga pada carta XAU/USD dijangkakan akan menuju paras 1838.00 yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Namun, harga berpotensi untuk membuat penurunan semula jika US dolar kembali mengukuh. Pengukuhan US dolar akan dipengaruhi oleh laporan data pekerjaan NFP AS yang diterbitkan di awal sesi New York.

Jika harga kembali turun, paras 1900.00 akan kembali diuji untuk harga teruskan penurunan ke paras lebih rendah semula.

Zon RBS (resistance become support) 1875.00 akan menjadi tumpuan sebelum harga menuju pula ke zon support 1850.00

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat