Selepas USD Buat ‘U-Turn’, Ini Perkara Pelabur Perlu Tahu

666

Greenback gagal mengekalkan keuntungan yang diraih berbanding pesaing utamanya selepas penurunan yang dicatatkan pada sesi sebelum ini dilihat berterusan sehingga ke sesi Asia.

Hasil bon AS 10 tahun kembali di bawah tahap 1.59%, menyebabkan US dolar ikut sama mencatatkan penyusutan.

Ketika penulisan, indeks dolar didagangkan di sekitar 89.90 berbanding sekumpulan matawang utama.

Pegawai Federal Reserve (Fed), terus berusaha untuk meredakan kebimbangan pasaran mengenai inflasi. Terbaru, Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker memberitahu bahawa beliau tidak melihat tanda-tanda yang menunjukkan inflasi semakin tidak terkawal, dan belum tiba waktunya untuk bank pusat bertindak.

Secara amnya, pergerakan dalam pasaran pada sesi Asia dilihat tenang tanpa pergerakan agresif matawang utama di tengah-tengah ketiadaan pemangkin yang jelas untuk merangsang pergerakan matawang.

Penerbitan data perkhidmatan tinjauan ISM, laporan pekerjaan swasta ADP dan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat akan menjadi tumpuan pasaran seterusnya pada malam ini, yang akan dijadikan petunjuk kepada data pekerjaan NFP yang bakal diterbitkan pada Jumaat.

Sementara itu, pasaran pada sesi Asia telah diperlihatkan dengan bacaan akhir jualan runcit Australia yang menepati ramalan awal untuk kenaikan 1.1% pada bulan April.

Selain itu, matawang euro dan pound kembali didagangkan stabil di sekitar paras harga yang sama setelah jatuh ke paras terendah untuk minggu ini berbanding US dolar pada sesi sebelum ini.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson terus tekad untuk membuka semula ekonominya, dengan mengesahkan bahawa sekatan coronavirus di negara itu akan diangkat sepenuhnya pada 21 Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat