Selera Pelabur Terhadap Logam Kuning Semakin Meningkat Gara-Gara Faktor Ini!

39

Harga emas meningkat dalam sesi Asia sementara Bank Pusat Australia menghantar isyarat jelas yang mengatakan bahawa pasaran global dalam proses penamatan pelonggaran matawang.

Emas bagi penghantaran April di Comex meningkat sebanyak 0.17 peratus kepada $1,234.25 satu troy ounce. Juga di Comex, silver futures mencatat kenaikan sebanyak 0.02 peratus manakala copper menyusut sebanyak 0.38 peratus.

Menurut kenyataan RBA hari ini, tidak akan ada jangkaan pelonggaran monetari dalam ekonomi utama dunia. RBA juga pada hari yang sama, meletakkan kadar tidak berubah pada paras 1.50 peratus. Hal ini sejajar dengan pertumbuhan yang mampan dalam ekonomi disamping mencapai sasaran inflasi dari masa ke masa.

Semalam, harga emas meningkat dalam sesi Eropah kepada paras yang paling kukuh sejak November yang lalu apabila pelabur beralih kepada logam kuning gara-gara kebimbangan terhadap risiko politik yang semakin meningkat.

Harga emas meningkat sebanyak 2.4 peratus sejak minggu lepas, sekali gus mencatat keuntungan mingguan terbesar dalam tempoh tujuh bulan. Peningkatan ini juga disebabkan pelabur mencari asset yang lebih selemat akibat ketidaktentuan ekonomi global dan politik.

Selain itu, data pekerjaan yang baru diumumkan masih diteliti oleh pelabur tentang bagaimana ia mampu memberi kesan terhadap keputusan Fed dalam menentukan kadar.

Bank Pusat Australia Kekalkan Kadar Pada Paras 1.50 Peratus!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat