Seluruh Kerajaan Lubnan Sah Letak Jawatan!

1,244

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengumumkan peletakan jawatannya selepas beberapa menterinya berbuat demikian susulan letupan di gudang penyimpanan ammonia nitrat yang mengorbankan lebih 220 nyawa.

Kejadian pada 4 Ogos lalu itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Beirut, sekali gus menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan yang menuntut agar kerajaan bertanggungjawab terhadap kejadian terbabit.

Tunjuk perasaan besar-besaran itu menyebabkan ramai menteri bertindak meletakkan jawatan berikutan desakan yang memuncak.

Semalam, Diab ketika berucap menerusi siaran televisyen berkata, beliau berundur supaya dapat berjuang menuntut perubahan bersama rakyat negara itu.

Diab turut menyalahkan pemerintah terdahulu yang didakwa menerima wang suapan pada tujuh tahun lalu dan cuai dalam menjaga soal keselamatan sehingga menyebabkan insiden letupan pada minggu lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Hamad Hassan, Diab turut menyerahkan surat peletakan jawatan bagi semua menteri kepada Presiden, Michel Aoun semalam.

Dalam perkembangan sama, Perancis menuntut pembentukan kerajaan yang baharu di Lubnan.

Ujar Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian menerusi satu kenyataan dikeluarkan, keutamaan kerajaan baharu kelak adalah memenuhi jangkaan rakyat termasuklah fokus kepada pemulihan semula Beirut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat