Semakin Maju, Mary Cardano Sedia Dilancarkan 1 Mac

1,734

Pasukan di sebalik pembangunan Cardano, IOHK dalam satu laporan terbaru mendedahkan kemaskini protokol Mary Cardano akan mula bersiaran pada 1 Mac.

Pelancaran Mary ke Mainnet menunjukkan ADA semakin menghampiri kepada era Goguen.

Kemaskini itu akan diaktifkan oleh Hardfork Combinator yang membenarkan peralihan sistem tanpa pembahagian chain di Cardano.

Untuk pengetahuan, Mary Fork merupakan pencapaian besar bagi projek Cardano kerana ke arah kontrak pintar bersama Goguen. Pelancarannya di Mainnet adalah permulaan peralihan protokol ADA daripada era terdesentralisasi (decentralized) Shelley kepada era Goguen.

Kemaskini terbaru ini juga akan memperkenalkan beberapa token natif dan sokongan beberapa aset lain, termasuk menyampaikan pelbagai kes penggunaan seperti non-fungible tokens (NFT), stablecoins, kewangan tidak berpusat (DeFi) dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, Mary akan membuka peluang kepada pembangun yang ingin berpindah atau membina token natif pengguna di Cardano sepenuhnya. Ciri ini bermakna akan mengubah blockchain terdesentralisasi itu kepada multi-asset blockhain (pelbagai aset).

Mary merupakan salah satu daripada dua hard fork yang diperlukan untuk bermula di Goguen, satu era yang menjanjikan integrasi beberapa penyelesaian dan perkhidmatan decentralized.

Goguen akan menarik lebih ramai pembangun pihak ketiga ke blockchain Cardano. Ini akan menghasilkan lonjakan permintaa untuk mendapatkan token ADA. Peralihan ke Cardano juga akan meningkatkan kesan kepada keseluruhan rangkaian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat