Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang berhenti untuk membiayai agensi persekutuan sehingga 18 Februari, mengelakkan penutupan kerajaan atau government shutdown.
Dengan undian 69-28, Senat menyokong langkah yang diluluskan sebelum ini oleh Dewan Perwakilan AS. Rang undang-undang tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada Presiden Joe Biden untuk ditandatangani menjadi undang-undang.
Rang undang-undang tersebut diluluskan beberapa jam sebelum pembiayaan dihentikan pada hari Jumaat.
Sekiranya mereka gagal meluluskannya, ia akan menyebabkan berjuta-juta pekerja sektor awam tidak dibayar dan mengakibatkan berlakunya penutupan kerajaan.
Senator Republikan Mike Lee, Ted Cruz dan Roger Marshall sebelum ini membangkitkan kemungkinan bahawa kerajaan boleh ditutup sebahagiannya pada hujung minggu, namun bernasib baik kerana proses berjalan lancar.
Dalam pada itu, sekumpulan Senator Republik juga telah mengancam untuk menggagalkan usaha itu sebagai protes terhadap desakan Biden untuk memandatkan vaksinasi Covid-19 oleh kerajaan untuk pekerja di syarikat besar.
Namun, percubaa mereka untuk melampirkan pindaan yang menghalang penguatkuasaan inisiatif vaksin telah digagalkan oleh Demokrat.