Senat Brazil Luluskan Rang Undang-Undang Kripto Bagi Penyeliaan Menyeluruh

124

Seluruh Brazil menyambut baik keputusan senat yang meluluskan rang undang-undang pertama mata wang kripto semalam.

Berdasarkan rang undang-undang tersebut, ia seterusnya akan mendorong kepada peringkat pengenalan rangka kerja kawal selia untuk seluruh industri kripto di negara itu.

Bagaimanapun ia masih memerlukan kelulusan daripada Dewan Timbalan sebelum diserahkan kepada presiden Brazil, Jair Bolsonaro untuk diangkat sebagai undang-undang kripto yang sah.

Proses ini dijangka tamat menjelang hujung 2022.

Berikut fakta ringkas yang anda perlu tahu:

1/ Rang undang-undang ini diperkenalkan oleh timbalan persekutuan, Aureo Ribeiro buat pertama kali pada 2015.

2/ Selepas perbincangan panjang pada Selasa, senat akhirnya meluluskan rang undang-undang tersebut.

3/ Rang undang-undang yang diluluskan oleh Senator Iraja Abreu ini merupakan hasil gabungan cadangan daripada Senator Ribeiro dengan cadangan Senator Arn.

4/ Bahagian eksekutif negara bertanggungjawab melaksanakan undang-undang kripto sama ada mewujudkan pasukan penyeliaan baharu atau serahkan kuasanya kepada Securities and Exchange Commission (SEC) Brazil (CVM) atau bank pusat Brazil.

5/ Rang undang-undang itu juga memperincikan hukuman yang dikenakan untuk kegiatan jenayah berkaitan mata wang kripto, merangkumkan ia dalam kategori penipuan, penyelewangan wang, dan mana-mana jenayah yang terkait.

6/ Ada potensi pemberian insentif kepada pelombong kripto untuk bertapak di Brazil kerana pengecualian cukai lengkap untuk pengimportan peranti ASIC akan diperkenalkan.

Nampak mudah pula Brazil mahu memperkenalkan industri kripto.

Berbeza dengan India, masih belum jelas hala tuju sektor kripto menyebabkan Coinbase juga terciduk. Begitu juga El Salvador yang berdepan dengan tentangan dari pelbagai sudut.

Ini mengingatkan kepada Singapura yang turut bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang kripto yang jelas kerana ia menunjukkan satu tanggungjawab yang tidak mudah dalam pengurusan risiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat