Sentimen Pasaran Menekan USD, Matawang Pulangan Tinggi Jadi Pilihan Pelabur

575

Matawang dolar Amerika diniagakan lemah pada Jumaat lalu berikutan pasaran yang semakin pulih telah membuatkan pelabur beralih ke arah aset yang lebih berisiko dan memberikan pulangan tinggi.

Ini adalah disebabkan faktor laporan data ekonomi di China yang mengukuh. Data yang menjadi tumpuan pada Jumaat lepas adalah laporan imbangan dagangan yang menunjukkan kadar eksport di China pada bulan lalu yang meningkat memberi isyarat ekonomi di China yang semakin stabil.

Dolar Australia juga turut mendapat manfaat daripada faktor tersebut apabila telah berjaya melonjak mengukuhkan nilai dagangannya sehingga mencatatkan paras ketinggian terbaru pada AUD/USD sejak Februari lalu.

Begitu juga Euro yang meningkat 0.6% lebih tinggi berbanding dolar USD dan tertinggi sejak dagangan penghujung Mac lalu pada EUR/USD dan disokong juga oleh laporan bank asing yang bersedia untuk membiayai pengambilalihan syarikat Eropah sekaligus menyokong pengukuhan matawang Euro.

Spekulator membuat keputusan untuk posisi awal terhadap belian Euro dalam pasaran berikutan memberi respon terhadap laporan rancangan pembelian perniagaan penerbangan Bank DZ Jerman oleh Mitsubishi UFJ Financial Group. Transaksi diumumkan pada 1 Mac dan MUFG menyatakan urusan tersebut akan selesai pada Jun ini.

Beralih pada perkembangan Brexit pula, matawang Pound Sterling juga didagangkan meningkat pada penghujung minggu lalu selepas risiko terhadap ‘no-deal’ Brexit semakin berkurangan ekoran lanjutan tarikh pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

Para pemimpin Kesatuan Eropah pada persidangan yang diadakan minggu lalu telah bersetuju untuk membenarkan penangguhan Brexit sehingga enam bulan sekaligus mengurangkan risiko pengunduran Britain tanpa sebarang perjanjian bersama Kesatuan Eropah. Namun, situasi tersebut turut memberi kesan terhadap ketidaktentuan politik di UK.

Penganalisis di MUFG menyatakan pada Jumaat pergerakan besar GBP adalah berikutan didorong juga oleh faktor kelemahan dagangan USD selepas para pelabur mula beralih dari aset safe-haven kepada yang lebih berisiko dan memberikan pulangan tinggi impak daripada pengukuhan pada data ekonomi China.

Terus mengikuti perkembangan isu-isu semasa dalam pasaran kewangan untuk membantu anda merancang strategi dagangan yang betul. Pantau juga data-data ekonomi tumpuan sepanjang minggu ini yang mempengaruhi pergerakan matawang-matawang utama dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat