Sentimen Pasaran Risk-On Pacu EUR/JPY Melonjak Semula

545

Sentimen pasaran risk-on kembali menyinari pasaran kewangan pada penghujung minggu ini setelah memperoleh beberapa khabar berita serta faktor yang menggembirakan pasaran.

Antara faktor yang mempengaruhi sentimen tersebut adalah berikutan kenyataan yang dilontarkan oleh Pemimpin Majoriti Senat AS, Chuck Schumer yang mengumumkan mengenai kenaikan had siling hutang.

Kelegaan pasaran juga dihiasi oleh kenyataan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mengatakan beliau sudi untuk mempertimbangkan usaha dalam membantu meningkatkan bekalan gas.

Susulan itu, ia telah mengakibatkan matawang Yen kembali didagangkan lemah pada sesi dagangan Khamis dan menyambung ke sesi Asia serta sesi Eropah pada hari ini (Jumaat).

Melihat kepada carta harga pasangan matawang EUR/JPY, pergerakan harga nampaknya meningkat semula setelah hanya rebounce di zon RBS (resistance become support) 128.600.

Lonjakan yang dipamerkan juga melihat harga berjaya menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan kembali menggapai zon SBR (support become resistance) 129.300.

Sekiranya harga kekal meneruskan trend kenaikan, pergerakan harga berkemungkinan bakal mencapai zon rintangan 130.000 terlebih dahulu sebelum jangkaan harga berupaya melonjak lebih tinggi.

Peningkatan harga melepasi zon rintangan tersebut akan memperlihatkan harga menuju semula paras rintangan tertinggi yang gagal ditembusi pada permulaan dagangan September sekitar 130.700.

Namun sekiranya penyusutan harga berlaku, zon RBS (resistance become support) 128.600 akan sekali diuji dan zon sokongan 128.000 kekal menjadi zon tumpuan jika harga terus menjunam.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat