Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Hari Jumaat

497

Sentimen yang kurang baik (risk-off) dalam pasaran berterusan sejak sesi awal dagangan Khamis sehinggalah sesi New York yang baru ditutup beberapa jam sebentar tadi. Ia menyebabkan matawang komoditi seperti AUD, NZD dan CAD tertekan dengan US dollar pula didagang bercampur-campur.

Loonie (CAD) turut tertekan bersama matawang komoditi yang lain yang ditekan oleh kejatuhan harga minyak mentah, data ekonomi kurang memberangsangkan serta kebimbangan petani terhadap perjanjian NAFTA yang baru.

Sterling pula adalah matawang terkuat dalam sesi Khamis berikutan perkembangan Brexit yang positif.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hampir tidak berubah setakat pada pukul 9.33 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.02%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.04%. USD/JPY pula naik sebanyak 0.12%, dengan USD/CAD didagang 0.11% lebih rendah. USD/CHF pula didagang tinggi 0.03%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.04% dan 0.03%.

Jadi, apa yang menyebabkan kenaikan kepada Sterling? Menurut beberapa laporan, Perdana Menteri Ireland Varadkar menggesa PM Theresa May untuk menerbitkan perancangan tentang sempadan Ireland secepat yang mungkin.

Varadkar berkata, “Kami mahu kemajuan dalam perhimpunan pada Oktober, seterusnya membenarkan kita mencapai perjanjian pada November.”

Dalam masa yang sama, Presiden Majlis Eropah Donald Tusk menegaskan bahawa sentimen yang mengatakan EU bersedia melatakkan perjanjian seperti ‘perjanjian dengan Kanada’, adalah perlu untuk UK bersetuju dalam soal keselamatan dan dasar luar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat