Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

723

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang yen pada hari Jumaat selepas Presiden Donald Trump telah mengeluarkan arahan kepada jabatan perdagangan U.S agar mempertimbangkan dengan pengenaan cukai tambahan $100 billion ke atas China.

Perang perdagangan U.S-China telah menghadirkan kebimbangan terutama kesan terhadap perdangangan global dan pertumbuhan ekonomi. Pasaran kewangan masih sensitif terhadap sebarang perkembangan.

Trump telah mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis bahawa cukai tambahan sedang dipertimbangkan berikutan tindak balas China yang tidak adil.

Matawang yen yang lebih dikenali sebagai matawang safe haven menjadi lebih menarik pada ketika ini.

U.S dolar jatuh sebanyak 0.24% berbanding matawang yen kepada paras bacaan 107.13 setakat jam 9.40 pagi.

Buat masa ini, pemain pasaran sedang menantikan maklumat tambahan berkenaan tindakan Trump.

Indeks U.S dolar jatuh sebanyak 0.13% iaitu kepada bacaan 90.00 setakat jam 9.40 a.m.

Matawang euro mengukuh sebanyak 0.15% berbanding US dolar pada paras 1.2259.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat