Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini

572

Pasaran forex pada pada permulaan dagangan minggu ini menyaksikan keceriaan pelabur dalam suasana pasaran yang kembali pulih. Pembukaan pasaran hari ini dicetuskan oleh berita bahawa Amerika Syarikat dan China mencapai perjanjian damai buat sementara dalam usaha untuk meredakan ketegangan perang perdagangan mereka dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan sebarang tarif tambahan buat masa ini dan akan terus berunding. Secara keseluruhannya, sidang kemuncak G-20 memberi keputusan positif kepada prospek ekonomi global ke arah yang lebih sihat.

Sementara itu, Eropah dan Itali kelihatan sedang berusaha untuk bergerak ke arah kedudukan yang lebih konservatif mengenai belanjawan Itali dengan beberapa khabar angin memberi petunjuk bahawa Itali akan mengembalikan rancangan defisit mereka lebih dekat kepada sasaran 2% yang dikemukakan oleh Kesatuan Eropah. Namun begitu, tiada apa-apa pengumuman rasmi dibuat mengenai hal ini sekaligus akan mengekalkan risiko terhadap nilai matawang Euro.

Dalam perkembangan di Britain, indeks perkilangan PMI dicatatkan dengan bacaan yang amat baik pada 53.1 berbanding 51.7 jangkaan pasaran namun para pelabur mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan bacaan ini kerana terdapat kebimbangan baru terhadap isu Brexit dengan laporan bahawa sebanyak satu pertiga daripada parti Perdana Menteri Theresa May dijangka menentang perjanjian Brexit pada undian 11 Disember akan datang.

Tumpuan pasaran pada sesi New York hari ini akan beralih kepada data ekonomi di Amerika Syarikat iaitu indeks pembuatan ISM yang dijangka mengeluarkan bacaan yang menurun daripada 57.7 kepada 57.5. Tidak lupa juga kepada ucapan oleh Naib Pengerusi Federal Reserve, Clarida yang dijadualkan akan diwawancara oleh Bloomberg. Sekiranya beliau bertegas dengan pengamatannya bahawa kadar faedah FED berada hampir pada paras neutral, matawang anti-Dollar dijangka akan mendapat permintaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat