Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

371

US dolar mula menunjukkan sedikit pengukuhan berbanding yen jika berdasarkan bacaan semalam. Hal ini disebabkan hasil bon US mula menunjukkan lonjakan daripada paras terendah akibat hubungan perdagangan antara Washington dan Beijing yang semakin tegang.

US dolar sedikit berubah berbanding yen iaitu pada 109.96 setakat jam 9.30 pagi namun mengukuh daripada bacaan semalam 109.55 selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk meningkatkan lagi pengenaan tarif keatas China. Hal ini menyebabkan respon balas daripada Beijing. Ketegangan perdagangan semakin meningkat dan mengakibatkan jualan ekuiti global.

Walaubagaimanapun, US dolar mampu untuk melonjak kembali berbanding yen selepas pasaran bon melonjak daripada kejatuhan.

Indeks US dolar mengukuh 0.01% kepada 94.67 setakat jam 9.30 pagi.

Matawang Australia dolar yang dikira sensitif pada sentimen China, jatuh keparas terendah 13 bulan $0.7347 pada hari Selasa dan kini mencatat bacaan $0.7386.

Hasil bon 10-tahun US mencatat bacaan 2.896 peratus selepas jatuh ke paras 2.853 peratus pada hari Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat