Sentimen Terkini Sesi London : JPY Matawang Terkuat, AUD Paling Lemah

436

US dollar menguat pada awal dagangan sesi Eropah pada Jumaat selepas tertekan sepanjang dua sesi dagangan sebelum ini pada Rabu dan Khamis. Matawang safe-haven Yen dan CHF pula menguat secara keseluruhan setakat pada pukul 3.10 petang.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.19% setakat pada pukul 3.10 petang.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.22% dengan GBP/USD susut 0.07%. USD/JPY  setakat ini membuat penurunan 0.26%, USD/CAD pula naik 0.30%. USD/CHF hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing melemah sebanyak 0.58% dan 0.20%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY dan CHF, manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY dan AUD/CHF masing-masing merekodkan kejatuhan 0.81% dan 0.55%.

Yen dilihat sebagai matawang terkuat setakat ini dari kalangan matawang utama dunia. Matawang-matawang utama USD, GBP, Euro dan lain-lain melemah berbanding Yen. Apabila terdapat pengukuhan oleh matawang safe-haven, kita tahu ia disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap risiko dalam pasaran.

Pasaran ketika ini dilihat berhati-hati menjelang mesyuarat negara G-7 pada hujung minggu ini. Disebabkan hal ini, safe-haven mendapat permintaan tinggi yang dapat dilihat dengan peningkatan Yen dan CHF. Dalam masa yang sama matawang berkadar faedah tinggi pula dijual.

Berdasarkan retorik terbaru Presiden Trump, pasaran tidak melihat beliau akan cuba berlembut dengan negara-negara G7 dalam mesyuarat khujung minggu ini. Beliau dijangka akan terus teguh dengan pendirian isu perdagangan dan dasar melindungi ekonomi Amerika Syarikat.

AUD adalah matawang paling lemah pada Jumaat berikutan faktor sentimen pasaran dan juga data perdagangan China yang kurang memberangsangkan. Lebihan dagangan China merosot daripada US$40.51 billion kepada hanya US$24.92 billion. AUD terkesan daripada data ini disebabkan hubungan perdagangan yang besar antara Australia dengan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat