Sentimen Tidak Memihak Kiwi, NZD/USD Kekal Menurun Sejak Dagangan Awal Minggu

166

Meneliti dagangan matawang komoditi, dolar New Zealand antara yang menunjukkan kemorosotan pada dagangan minggu ini.

Menjadi faktor yang menekan matawang Kiwi itu adalah keraguan terhadap perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang belum ditandatangani secara rasmi meskipun perjanjian telah dicapai minggu lalu.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang NZD/USD, harga meneruskan penurunan sejak awal minggu sehingga ke paras terendah mingguan yang dicatatkan setakat sesi Eropah sekitar 0.65550.

Penurunan turut didorong oleh pengukuhan kembali dagangan US dolar berikutan data-data ekonomi Amerika Syarikat yang diterbitkan positif menambahkan lagi tekanan terhadap dolar NZD.

Di samping itu juga, sentimen berisiko pasaran seperti kebimbangan no-deal Brexit dan juga data ekonomi Jerman yang merosot turut mempengaruhi permintaan NZD sebagai matawang berpulangan tinggi.

Tambahan, turut dilaporkan indeks harga bagi dagangan tenusu global menyusut sehingga -5.1%. Hal ini juga memberi tekanan terhadap Kiwi ekoran produk tenusu menjadi ekport antarabangsa utama New Zealand.

Harga yang bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan trend harga masih bearish pada carta NZD/USD.

Penurunan turut melepasi zon RBS (resistance become support) sekitar 0.65800-0.65700 menguatkan lagi jangkaan pelabur untuk harga turun lebih rendah. Namun sentiman pasaran terus dipantau.

Jika harga meneruskan penurunan, paras harga sekitar 0.65300 dilihat sebagai destinasi tumpuan harga yang paling hampir di mana menjadi paras harga yang diuji pada minggu lalu.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula paras tumpuan pada 0.650000.

Namun jika harga kembali menunjukkan kenaikan, zon RBS yang dilepasi sebelum ini akan kembali diuji sebelum harga meneruskan penurunan semula.

Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, kenaikan harga dilihat bakal menuju zon resistance pada ketinggian 0.66300 yang dicapai minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat