Serabut Twitter Dibuatnya Elon Musk, Giliran EU Pula Ugut Letak Sekatan

155

‘Inilah jadinya bila syarikat tu dibuatnya macam bapak dia punya syarikat.’

Satu persatu masalah timbul buat Twitter selepas Elon Musk jadi boss apabila Kesatuan Eropah (EU) mengugut untuk menyekat platform itu andai ia gagal mematuhi peraturan penyederhanaan kandungan (content moderation).

Ugutan sekatan itu disampaikan ketua industri EU sendiri, Thierry Breton dalam satu sesi mesyuarat video atas talian bersama Musk pada Rabu semasa badan pengawal selia membincangkan masa depan platform tersebut.

Semua sedia tahu Musk, penyokong kuat hak kebebasan bersuara, mahu menggunakan Twitter sebagai platform yang membolehkan suara pengguna didengari.

Namun, ideologi yang diperjuangkan Musk terdapat sisi buruknya dengan kemungkinan penyebaran lebih banyak ucapan kebencian (hate speech) dan salah maklumat pada platform itu.

Dan untuk mengelak perkara-perkara tersebut dari berlaku, Brenton telah mengeluarkan amaran kepada Musk untuk mematuhi senarai semak peraturan kandungan EU jika tidak mahu Twitter disekat.

Beliau juga sempat menegur Musk untuk berhati-hati dengan pendekatan ‘sewenang-wenangnya’ mengembalikan pengguna yang disekat dan ‘audit bebas yang meluas’ pada Twitter menjelang tahun depan.

Ia dipercayai susulan rancangan Musk untuk membenarkan akaun-akaun kontroversi yang disekat Twitter sebelum beliau memperoleh syarikat pada tanda harga $44 bilion 2 bulan lalu.

Setakat ini pihak Twitter, EU mahupun Musk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai isi mesyuarat atau tindakan susulan daripada amaran itu.

Sebelum ini Twitter telah disekat Apple dalam App Store tanpa syarikat pembuat iPhone itu mengemukakan sebarang sebab.

Ia ternyata telah mengundang kemarahan Musk sehingga beliau menulis ciapan dan mempersoalkan kredibiliti Apple dalam memperjuangkan hak kebebasan bersuara pada perantinya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat